Khamis, 10 Februari 2011

Kesakitan Musim Cuti

Pada cuti hari raya cina yang lepas. Aku ambil peluang untuk balik ke kg. Cuti aku pada ketika itu adalah selama tujuh hari. Setiap hari ada sahaja aktiviti dalam sehari-hari yang telah aku jayanya n laksanakan. Dalam cuti tersebut, ada berita sedih dan ada pula berita gembira. Pada 2/2/2011 mak saudaraku telah kembali kerahmatullah dan aku tidak sempat untuk melihatnya  sehinggalah ia pulang mengadap ilahi namun aku ada pergi untuk berjumpa dengannya sebelum hari kejadian, niatku tidak kesampaian kerana ia telah dibawa oleh sepupuku ke hospital namun aku sempat melihat jenazahnya.

Keesokkannya iaitu 3/2/2011, aku mengalami sakit telinga yang teruk sehinggakan aku tidak dapat tidur malam  dan pada hari esok aku keklinik Syarifah Bahagia Pasir Pasir untuk mendapatkan rawatan. Telingaku ketika itu, ok sedikit berbanding tidak menerima rawatan, namun ia masih lagi sakit. sakitnya mencapai kemuncak apabila aku termakan daging. menurut kata orang-orang lama, aku mengalami telinga bunting. aduiii sakitnya memang teramat sangat sehinggakan aku mengalami masalah pendengaran pada telinga kiriku ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...